PETALING JAYA: Ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley melahirkan rasa kagum terhadap anak didiknya, Datuk Azizulhasni Awang yang berupaya menggondol emas di Kejohanan Berbasikal Trek Piala Negara-Negara UCI di Adelaide, Australia kelmarin biarpun masih belum cergas sepenuhnya. Beasley sebelum ini mendedahkan Azizul perlu mengambil ubat perikarditis selepas masalah jantungnya kembali menghantui jaguh dunia itu. Malah Beasley sendiri terpaksa memantau perkembangan Azizul bagi memastikan dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan…










