SEBELUM menjadi Perdana Menteri lagi, beberapa pihak sudah mempersoalkan komitmen Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Dakwa mereka, disebabkan sifat PKR sebagai parti berbilang kaum dan kewujudan DAP dalam Pakatan Harapan (PH) maka, Kerajaan PH akan didominasi oleh pemikiran sekular dan liberal. Bagaimanapun, kenyataan-kenyataan dan tindakan Anwar setelah menjadi Perdana Menteri sejak setahun lalu membuktikan tanggapan ini ternyata salah, malah perkara sebaliknya pula yang berlaku.…










