Penglibatan remaja Malaysia terutamanya remaja lelaki dengan aktiviti pornografi di internet semakin membimbangkan dan mengundang kepada kegiatan tidak bermoral dalamkalangan remaja. Kajian dijalankan pensyarah di Jabatan Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Noor Azimah Muhammad mendapati 75 peratus remaja Malaysia pernah menonton video atau melihat gambar pornografi. Kajian dijalankan pada tahun 2021 itu menunjukkan majoriti yang terlibat adalah remaja lelaki. Katanya, lebih membimbangkan, golongan tersebut…










