Adapun ibadah korban yang dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha itu berdasarkan kisah Nabi Ibrahim a.s dengan anaknya, Nabi Ismail a.s. Istilah pengorbanan itu juga mempunyai makna lebih meluas, tidak terhad kepada ibadah dalam bulan Zulhijjah sahaja. Buat umat Islam, perbuatan korban menjadi sebahagian teras kekuatan dalam membentuk keimanan yang teguh dan jati diri unggul dalam diri seseorang. Ini kerana kehidupan di dunia diciptakan penuh dengan liku yang menuntut pengorbanan insan menjalaninya. Allah SWT berfirman dalam al-Quran bermaksud, “Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, kami beriman, sedangkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya