HANYA mereka yang dilahirkan di atas dulang emas layak bercita-cita tinggi, mahu pun memiliki kerjaya hebat apabila dewasa. Lantaran perspektif itu, maka Christina Ng Mei Mei, 36, atau lebih dikenali sebagai Christy Ng tidak berani untuk memasang apa-apa impian ketika zaman kecilnya. Bagi anak kelahiran Kluang, Johor ini, tiada guna berangan-angan seperti Mat Jenin walhal ia sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan terutama bagi golongan yang dihimpit kesusahan sepertinya. “Kemiskinan menghalang…