Perkahwinan dalam Islam tidak semata-mata tertumpu pada peranan bakal suami atau isteri sahaja. Jumhur fuqaha menetapkan wali sebagai rukun dalam perkahwinan. Wali mempunyai peranan besar dan sebenarnya bukanlah sekadar hadir secara fizikal ketika akad berlangsung. Wali membawa maksud pelindung, teman akrab, pemimpin atau pembantu yang terdiri daripada keluarga di sebelah lelaki, termasuklah ayah, datuk, abang, adik, lelaki, ayah saudara, anak saudara lelaki, atau anak lelaki ayah saudara. Peranan dan kuasa…









