Jika mahu menyediakan hidangan yang pantas tetapi enak berkhasiat boleh mencuba menu pai ayam. Rasanya yang lemak berkrim dalam pastri garing diluar tetapi lembut di dalam menampah perisa setiap gigitan. Selamat mencuba.
PAI AYAM
Bahan-bahannya:
Kepingan pastri
Cawan pastri
1 keping dada ayam
2 ketul cendawan butang
1 cawan sayur campuran (lobak, jagung dan kacang)
1/2 biji bawang Holland
1 sudu marjerin
1 kiub pati ayam – larut dalam 1 cawan air
1 cawan susu segar
3 sudu tepung jagung atau gandum
1 sudu kecil serbuk daun thyme
Garam dan lada hitam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Bersihkan ayam dan potong dadu kemudian panaskan kuali, masukkan marjerin, biarkan seketika dan masukkan ayam dan biarkan sehingga masak.
2. Masukkan bawang yang telah dicincang, cendawan yang dipotong halus dan sayur campuran. Tumis hingga naik bau dan sayuran empuk.
3. Masukkan serbuk daun thyme, garam dan lada hitam secukup rasa.
4. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
5. Masukkan larutan pati ayam dan susu, gaul sehingga rata dan mendidih.
6. Kacau dan biarkan kuah sedikit pekat dan tutupkan api.
7. Biarkan hidangan sejuk dan sediakan kepingan pastri dan bekasnya.
8. Potong pastri mengikut citarasa dan masukkan inti ayam di bahagian tengah dan masukkan ke dalam bekas. Tutup bahagian atas pasti dan klim bahagian tepi.
9. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 140 darjah selsius selama 25 minit (bergantung kepada ketuhar masing-masing).










