'Burnout’ pencetus masalah mental - Utusan Malaysia

‘Burnout’ pencetus masalah mental

ROZANIZAM ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMAI yang mula burnout. Suatu keadaan berasa lesu, tidak bersemangat dan hilang produktiviti. Tidak kiralah sebagai ibu bapa, pekerja, pelajar dan sesiapa sahaja.

Burnout adalah suatu keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan yang berpanjangan sehingga akhirnya mula berputik masalah mental.

Pakar Psikiatri, Dr. Rozanizam Zakaria berkata, burnout dialami oleh kebanyakan orang termasuk ibu bapa, pekerja dan pelajar.

“Apakah sebenarnya burnout dan bagaimana boleh kita bantu keadaan yang sedang burnout. Kita perlu fahami burnout pada asalnya bukan kesihatan mental.

“Tetapi burnout yang berlaku adalah ketika stres ini melebihi kemampuan yang ada untuk atasi stres kronik berpanjangan.

“Jika tidak ditangani dengan baik, iaakan beri kesan kepada kesihatan mental yang menjadi muqadimah kepada berlakunya kemurungan, anxiety, bipolar serta apa sahaja penyakit mental mengakibatkan stres,” katanya.

Rozanizam yang juga Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut memberikan antara petanda burnout.

TANDA ATAU GEJALA:
Lesu, penat secara fizikal dan emosi

Tiada perasaan atau hilang rasa minat dan keseronokan

Gangguan emosi (kemurungan)

Kelakuan yang tidak efektif (tidak mahu bercampur dengan orang, menjauhi orang lain, susah nak tidur, sukar fokus kerja, rasa nak marah dan putus asa)

PERBAIKI DIRI
Jangan letak harapan terlalu tinggi dan perlu lebih realistik dan munasabah.

Sesetengah ibu bapa mahu jadi sempurna kerana mungkin kisah silam dan trauma masa kecil. Jangan cari kesempurnaan tetapi cukuplah untuk bahagia.

Belajar susun keutamaan dalam kehidupan.

Pastikan tahu mana yang perlu fokus, yang dijadikan sampingan atau abaikan. Jika terlalu penat dengan sesuatu atau pekerjaan, mintalah pertolongan daripada individu terdekat untuk mengurangkan beban.

Berdamai dengan diri sendiri.

Jangan abaikan diri. Beri ruang pada diri untuk rasa rasa dihargai dengan berehat, tidur yang cukup, luang masa dengan hobi, belajar perkara baru yang menarik dan me time.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN