Muslim yang mukallaf, akil baligh tertanggung di atas pundaknya kewajipan agama. Kewajipan agama terbahagi kepada dua iaitu fardu kifayah dan fardu ain. Semua kewajipan ditentukan Shariah adalah dalam kapasiti dan kemampuan seorang Muslim. Contohnya, solat lima waktu yang tidak sesekali membebankan manusia. Begitu juga puasa Ramadan yang hanya diwajibkan sebulan. Zakat pula ditetapkan ke atas harta yang cukup nisab dan haul pada peratus yang sangat kecil. Syariat diturunkan bukan untuk…










