DALAM masa kurang dari sebulan lagi, kita bakal mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Gabungan parti manakah yang bakal dipilih oleh rakyat? Teka-teki itu hanya akan terjawab setelah selesai urusan kiraan undi pada 19 November nanti. Rakyat berhak membuat pilihan. Namun, pilihan mestilah dilakukan dengan penuh kesedaran, tanggungjawab serta berpandukan fakta dan realiti yang nyata, bukannya persepsi dan ilusi yang direka cipta untuk memancing undi. Ramai masih ingat janji-janji…










