BAHAWA takdir menentukan segala. Dan segala yang ditentukan perlu diterima dengan penuh reda dan syukur. Ujian selalunya hadir bersama pengajaran dan iktibar demi kebaikan. Tidak salah sesekali menoleh ke belakang. Tujuannya mencari punca permasalahan, menginsafi kekhilafan. Benar, lumrah bagi seseorang insan biasa, ada kala timbul marah dan geram. Selalunya gangguan perasaan berbangkit ekoran terdapatnya hal-hal yang kurang memuaskan hati atau yang menimbulkan keraguan. Namun, penawar baginya adalah menerima segala ketentuan sebagai cabaran bagi menghimpun kekuatan meneruskan perjuangan. Ya, hidup dan perjuangan perlu diteruskan. Apatah lagi bagi ehwal dan urusan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya