Resipi yang satu ini tengah tular di media sosial kerana keenakannya yang dikatakan lengkap dengan rasa masam, manis, masin dan pedas.
Bukan itu sahaja, resipi yang menggunakan suun ini bertekstur lebih kenyal serta sangat mudah disediakan.
Turut dikenali sebagai Schezuan Glass Noodles di media sosial, resipi yang dikongsikan oleh Datin Noor Hayati Abdullah ini menggunakan suun dari Korea yang diperbuat daripada ubi keledek.
Bahan-bahan
Suun atau glass noodle
Hirisan timun
Hirisan lobak merah
Jejari ketam (rebus)
Udang (rebus)
Daun ketumbar
Kacang tanah (tumbuk)
Bahan-bahan sos:
5 ulas bawang putih cincang
Daun bawang
Hirisan cili api (ikut tahap kepedasan diingini)
2 sudu besar kepingan cili
3 sudu besar biji bijan
1/2 cawan minyak masak yang dipanaskan
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar cuka hitam
Garam, gula secukup rasa
Cara-cara
1. Masukkan bawang putih, daun bawang, cili api, kepingan cili, biji bijan ke dalam mangkuk.
2. Curahkan minyak masak dan kepingan cili yang telah dipanaskan ke dalam mangkuk.
3. Gaul rata.
4. Masukkan sos tiram,kicap manis dan cuka hitam.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan semua sayuran dan kacang tanah tumbuk dan sebatikan.










