Resipi tradisi gulai pisang tumis darat - Utusan Malaysia

Resipi tradisi gulai pisang tumis darat

Resipi tradisi gulai pisang tumis darat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gulai pisang merupakan salah satu masakan tradisi nenek moyang dahulu kala. Sehingga kini, ia masih ada peminat tersendiri dengan keenakan rasa pisang muda dan rempah gulai.
Tekstur yang sedikit cair juga menambahkan kelazatan untuk dimakan bersama nasi panas dan ikan masin.

Bahan-bahan:
1 sisir pisang muda

3 sudu makan serbuk kari

1 biji bawang besar tumbuk kasar

1 hiris halia tumbuk kasar

Segenggam bilis

3 cawan air

1 biji kelapa dijadikan 3 cawan santan

Bahan tumis darat:
2 biji bawang besar

3 tangkai daun kari

5 tangkai cili kering

Cara-cara:
Siat kulit pisang (tinggalkan sedikit kulit) kemudian potong pisang setebal seinci dan rendam terus dalam air sejuk.

Campurkan semua bahan dalam periuk dan rebus hingga rempah masak dan hilang bau rempah.

Bila rempah masak, tambah air lagi kira-kira scawan dan masukkan pisang.

Masak pisang hingga empuk kemudian masukkan santan. Tambah garam dan perasa jika suka.

Kecilkan api dan biarkan gulai mendidih.

Sementara itu dalam kuali:
Panaskan minyak anggaran 1/3 cawan.

Tumis hirisan halus bawang besar bersama daun kari dan cili kering.

Cili kering buang tangkai sahaja dan tidak perlu potong kecil.

Tumis hingga garing dan naik bau.

Tuang bahan tumisan bersama minyak ke dalam gulai.

Matikan api dan tutup periuk untuk 10 minit supaya naik bau bawang tumisan tadi sebelum dihidangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN