TAHNIAH kepada Kementerian Pendidikan (KPM) yang baru-baru ini melancarkan program Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN). Program ini dahulunya dikenali sebagai Majlis Permuafakatan KPM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM): Jom Ke Sekolah yang kini dijenamakan semula sejajar dengan konsep Sekolahku SEJAHTERA dilancarkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pada 21 Februari lalu. Secara prinsipnya program ini memantapkan kolaborasi strategik antara KPM dengan KDN khususnya…










