Sebelum ini media sering melaporkan kehilangan dan pengurangan punca pendapatan selain tekanan duduk rumah menjadi penyumbang kepada peningkatan keganasan serta penderaan terhadap wanita di negara ini sejak penularan pandemik Covid-19. Justeru, penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Wanita Bumiputera Kuala Lumpur dan Selangor (Pernita) bertujuan membantu wanita-wanita teraniaya keluar daripada permasalahan rumahtangga dengan menyuntik kemahiran keusahawanan dalam diri mereka. Menurut Presidennya, Noor Harnanie Buang, banyak kes dilaporkan membabitkan ramai wanita…