KEBELAKANGAN ini banyak kes masalah mental seperti kemurungan, anxiety, dan tekanan. Namun di sebalik masalah ini berlaku, ada elemen kurang keyakinan dan rasa rendah diri yang menyebabkan individu terdedah kepada risiko untuk mengalami kesihatan mental. Pakar Psikiatri di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Rozanizam Zakaria menjelaskan, ramai sebenarnya yang bergelut dengan isu keyakinan diri sama ada sememangnya mempunyai masalah mental mahupun tiada masalah itu yang menyebabkan terperangkap dalam kehidupan…










