Interpretasi Arunsayfull untuk fashionista - Utusan Malaysia

Interpretasi Arunsayfull untuk fashionista

Arunsayfull gandingan Arun Mateen dan Saiful Izham (kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sentuhan dua pereka fesyen, Arun Mateen dan Saiful Izham (Arunsayfull) menghangatkan pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2022 menerusi koleksi anggun yang dihasilkan, bertemakan anggerik hitam.

Ia mengetengahkan bunga orkid dalam dimensi berbeza menyerlahkan 13 persalinan high fashion yang menyuntik elemen mewah dalam setiap pakaian yang menjadi identiti Arunsayfull.

Gaun yang didatangkan dalam tona eksklusif seperti hitam, biru laut, merah hati dan putih mutiara menonjolkkan kemewahan pemakain ditambah dengan potongan serta perincian seperti sulaan manik menambah keanggunan.

Kesemua koleksi ini menyasarkan golongan elit dan fashionista.

Teknik potong dan seni jahitan dihasilkan menjadi kekuatan Arunsayfull yang sememangnya mahir dalam kedua-dua teknik ini. Ia membuktikan jenama sangat mementingkan nilai estetik yang tinggi.

POTONGAN KEMAS
Ini dapat dilihat pada potongan bahagian bahu dan lengan yang kembang dan potongan unik pada bahagian kain. Kemas dan berupaya menyerlahkan ramping pinggang pemakai.

Sesuai digayakan untuk majlis rasmi atau menghadiri majlis petang atau malam, gaun dengan warna terang seperti biru dan merah pasti menyerlahkan penampilan. Gaun yang menutupi sebahagian leher dengan perincian sulaman pada bahagian dada membuatkan pemakai kelihatan anggun.

Baju paras pinggang dengan fabrik bermotif bunga dengan tona hitam coklat seakan batik cukup menawan jika digayakan untuk ke majlis makan malam. Sulaman bunga yang timbul pada bahagian baju juga menarik perhatian. Tampil bergaya ke acara rasmi dengan gaun paras lutut bermotif bunga. Tali pinggang menyerlahkan kerampingan pinggang. Karisma pemakai lebih menyerlah apabila digayakan dengan jaket hitam.

Jika sebelum ini pereka duo ini menghasilkan busana pengantin, kini jenama mereka diperluaskan kepada pakaian sedia untuk di pakai (RTW) tetapi masih mementingkan kualiti serta seni jahitan kemas bagi setiap koleksi.

“Keinginan mahu keluar dari zon selesa mendorong kami menyediakan koleksi RTW. Peluang berada di pentas KLFW membantu kami menonjolkan jiwa sebenar sentuhan Arunsayfull di dalam setiap rekaan,” kata pereka yang mengagumi pereka tersohor, Datuk Seri Bernard Chandran dalam menghasilkan rekaan mewah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×