TEKA teki peminat tentang bila agaknya kumpulan nasyid legenda tanah air, Raihan akan membuat sebuah konsert mega terjawab selepas kumpulan itu baru-baru ini mengumumkan akan mengadakan sebuah konsert besar-besaran bertarikh 26 November depan. Pengumuman itu tentunya membawa kelegaan kepada ratusan ribu peminat Raihan dan muzik nasyid secara amnya yang selama ini menantikan kumpulan legenda itu tampil membuat persembahan mega untuk peminat. Salah seorang anggotanya, Abu Bakar Md. Yatim, pada sidang…










