MESKIPUN berdepan ujian tatkala sedang menanti detik untuk bergelar suami, Shahir Zawawi tetap tenang menjalani apa yang sudah tertulis. Shahir akur, selagi hayat dikandung badan, manusia tidak akan terlepas daripada ujian. Hanya kekuatan mental dan fizikal yang mampu membawanya keluar daripada segala kemelut, seterusnya menggapai bahagia yang diimpikan. Tidak terkesan dengan apa yang dilaluinya, senyuman tidak lekang dari bibir penyanyi Kebahagiaan Dalam Perpisahan berusia 34 tahun itu ketika ditemui, Jumaat…










