Masyarakat Melayu kaya dengan khazanah muzik tradisional. Alatan muzik seperti rebab, rebana, kompang, kertok, gong, angklung, serunai, gambus, kerincing dan jidor adalah sebahagian yang mewarnai kesenian tradisi alam Melayu. Jika kita menyusuri manuskrip hebat seperti Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin terdapat maklumat berkaitan alatan muzik seperti muzik paluan, peperangan, sambutan raja dan kepahlawanan. Ini dapat diamati melalui petikan dalam Sulalatus Salatin yang mengisahkan bagaimana peritiswa Betara Majapahit menyuruh orang…