“Saya memang tak tahu apa pun tentang Jerman bahkan tak ada apa-apa jangkaan sama sekali terhadap negara Eropah Tengah ini,” jelas Riza Amir, 26 sewaktu melanjutkan pelajaran di negara bersejarah itu. Pemuda asal Pulau Pinang ini memilih Jerman untuk melanjutkan pelajaran berikutan tempoh pembelajarannya lama berbanding pilihan lain seperti di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK). Lima tahun tempoh belajar serta dua tahun tempoh pendidikan asas sudah cukup menyakinkan…










