Dekorasi slat kebiasaannya dipasang pada dinding untuk memberikan gaya mewah atau mewujudkan satu dinding tumpu dalam kediaman.
Bagaimanapun, pasangan yang juga pemilik syarikat dekorasi, Caspia Decor, Awis Azizan dan Amirul Zaidi mencipta kelainan dengan memasang slat pada bahagian pintu utama.
Penggunaan slat pada pintu ternyata mampu mengubah gaya pintu biasa kepada sesuatu yang mewah dan tampak mahal dengan kos bawah RM200 sahaja.
“Kami menggunakan kayu siling saiz 1×2 tetapi terpulang kepada kehendak masing-masing, boleh juga pakai casing wire.
“Kalau hendak jimat pakai kayu siling sahaja tetapi perlu diingat kalau pakai kayu atau papan MDF pastikan bukan di tempat yang terdedah dengan air dan lembap. Nanti kembang,” kata Awis.
Bahan-bahan
Kayu siling bersaiz 1×2
Gam
Primer
Cat
Cara-cara
1. Tampal kayu pada pintu menggunakan gam mengikut jarak yang disukai.
2. Pasangkan trim pintu untuk hasil yang lebih kemas.
3. Sapukan primer pada kayu.
4. Sapukan cat pilihan pada keseluruhan pintu. Siap.









