Keinginan menikmati teh tarik dan scone mendorong saya segera ke Cameron Highlands melalui Tapah walaupun waktu bertolak sudah agak lewat petang, pada cuti perayaan baru-baru ini. Dalam hati risau juga jika tidak sempat sampai kerana kafetaria di Cameron Valley Tea House terletak di Tanah Rata itu, biasanya tutup pada jam 6 petang, manakala kafe di Ladang Teh Sungai Palas juga biasanya tutup sekitar 4.30 petang. Sekiranya tidak sempat, mungkin terpaksa…