BARISAN Nasional (BN) memerlukan perubahan besar terutama dari segi kepimpinan di Selangor sekiranya ingin kembali semula berkuasa di negeri itu. Sejak kekalahan BN Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 sehingga kini, pucuk pimpinan BN khasnya UMNO negeri itu tidak banyak berubah. UMNO-BN Selangor hanya mengekalkan muka-muka lama ataupun warlords untuk menyaingi parti lawan. Terbukti mereka gagal memenangi pertempuran kerana pelbagai sebab. Walhal, cara politik hari ini sudah…










