Bagaikan rezeki terpijak, nama pendatang baharu ini semakin mewangi selepas dirinya diberi kepercayaan untuk membawa runut bunyi (OST) bagi drama popular 7 Hari Mencintaiku 3. Berpeluang pula berganding dengan penyanyi terkenal tanah air, Khai Bahar juga adalah salah satu langkah bagi bakat baharu, Lia Aziz lebih dikenali dalam industri muzik tempatan. Malah, secara tidak langsung dapat menepis mulut-mulut nakal netizen yang menyifatkan peserta program realiti Big Stage 2022 ini tidak…