Menguruskan pesakit yang tidak mampu bergerak atau terlantar sememangnya amat mencabar mental dan fizikal penjaga. Justeru, amat penting untuk menyediakan peralatan seperti kerusi roda yang mempunyai fungsi tambahan yang membantu pesakit menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa. Memahami keperluan itu, pelajar bidang Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) mengambil inisiatif membaik pulih dan mengubah suai kerusi roda dengan ciri lebih dinamik. Ia direkabentuk untuk pesakit yang bergantung…










