Namanya semakin mendapat tempat di hati peminat filem Hollywood seluruh dunia terutamanya selepas kejayaannya melakonkan watak Nebula, anak kepada Thanos, sejenis makhluk dari planet Titan dalam filem keluaran Studio Marvel, Guardians of the Galaxy 2014 dan dua lagi filem bersiri Avengers. Namun pesona Karen Gillan, 34, sebenarnya sudahpun meningkat naik di United Kingdom (UK) sejak melakonkan watak sebagai Amy Pond dalam drama bersiri UK, Doctor Who pada 2008 dan 2010-2013.…










