Setiap tahun, Alia (bukan nama sebenar) akan memastikan dirinya menjalani pemeriksaan kesihatan termasuklah ujian darah sebagai rutin penjagaan kesihatannya. Namun keputusan hasil ujian darah pada Februari, 2018 memberikan kejutan yang tidak dijangkakannya apabila didapati ada sesuatu yang tidak kena. Tahap haemoglobin dan sistem imun Alia yang ketika itu baru berusia 47 tahun, didapati menyusut dengan banyak. Alia yang bekerja sebagai perancang kewangan, berasa pelik kerana sebelum ini dia tidak pernah…










