Puisi dalam Kejora banyak berhubung kait membentuk sebuah ceritera. Penulis, Nurul Ashikin Muhiyuddin berkata, antologi puisi sulungnya itu menghimpunkan 30 buah puisi dengan tema perjalanan mimpi, falsafah, pelayaran dan cetusan konflik antara memori dan peredaran masa. “Saya mengambil masa selama tujuh tahun untuk menghasilkan buku ini. Daripada ilham sehinggalah ke peringkat penghasilan beberapa lagu puisi Kejora bertemankan komposisi Ayop Azril, seorang komposer berbakat yang amat memahami perjalanan cerita yang diketengahkan…