Bertubuh sempurna sebagai wanita secara luaran tetapi hakikatnya secara dalaman penghidap Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) memiliki hormon lelaki (androgen) lebih tinggi berbanding hormon wanita (estrogen). Ini menyebabkan ada wanita yang mengalami PCOS mempunyai bulu berlebihan pada dada, ketiak, bawah perut dan belakang badan. Malah mereka juga ditumbuhi jerawat pada muka dan badan walaupun sudah melepasi usia 30 an. Kebanyakan masalah utama dialami wanita penghidap PCOS, adalah kitaran haid yang tidak…