Pasti apabila kita mengingati pengalaman sepanjang Ramadan lalu, masing-masing akan tersenyum mengenangkan betapa gembiranya suasana beribadah sepanjang bulan termulia itu. Puasa yang dilaksanakan sepanjang sebulan, solat malam yang didirikan sebagai penghias malam, al-Quran yang benar-benar dijadikan teman bicara dan kemanisan beriktikaf di masjid khususnya pada 10 malam terakhir pasti menggamit kerinduan terhadap Ramadan yang telah berlalu. Namun wajarkah keindahan beribadah pada bulan Ramadan terus dilenyapkan bermula Syawal sehingga akhir Syaaban…










