USAI Aidilfitri selalunya kanak-kanak adalah insan paling gembira disebabkan kutipan duit raya yang bukan sedikit. Sudah menjadi lumrah anak zaman ini mendapat duit raya mencecah ratusan ringgit, malah ada kalanya mencecah ribuan ringgit. Pemberian duit raya boleh dianggap sedekah, iaitu ibadat yang besar pahalanya dan mampu mengeratkan silaturahim. Selain itu, pemberian duit raya dilihat sebagai amalan yang membuka pintu rezeki. Bagi ibu bapa, inilah masa terbaik melatih anak dengan amalan…