Pelengkap dekorasi sesebuah kediaman bukan hanya bergantung kepada gubahan bunga-bungaan semata-mata.
Pasu juga memainkan peranan penting dalam membangkitkan keindahan bunga yang digubah serta memberikan tema dalam dekorasi rumah.
Oleh itu, tidak hairanlah ketika ini lebih ramai yang berfokuskan kepada rekaan pasu memandangkan ia sudah sedia cantik dan tidak memerlukan gubahan bunga yang keterlaluan.
Ketika ini, pasu tema rustic antara yang menjadi perhatian ‘kaki deko’ kerana ia memberikan efek dekorasi minimalis moden dan kontemporari.
Namun, tidak dinafikan agak sukar mendapatkan pasu rustic yang cantik memandangkan ia kebanyakkannya dihasilkan di luar negara selain harganya yang agak mahal.
Namun, pemilik instagram rmhome.20, Min Manan membuktikan pasu rustic juga mampu dibuat sendiri (DIY) dengan kos berpatutan.
Malah, diilhamkan daripada pasu jenama terkenal dari Amerika Syarikat, Studio McGee yang hasilnya juga setanding.
Pasu rustic
Bahan-bahan
* Cat kapur / Cat Arkilik
* Soda bikarbonat
* Kertas pasir
* Span
* Cat sembur jernih
Cara-cara
1. Cat kapur atau cat arkilik dibancuhkan bersama serbuk soda bikarbonat dan di sapukan ke seluruh badan pasu. Biarkan cat kering 10 hingga 20 minit.
2. Boleh ditambah bancuhan soda untuk memberikan tekstur pada badan lampu dan cat untuk lapisan kedua.
3. Setelah cat tadi kering, langkah seterusnya mengunakan kertas pasir kikis sebahagian pasu bagi memberi efek rustic dan tekan mengunakan span sedikit cat hitam untuk efek bertompok.
4. Biarkan kering dan boleh sembur cat sembur jernih untuk langkah terakhir (pilihan).










