Cik Pia promosi makan ulam dan sayur di media sosial - Utusan Malaysia

Cik Pia promosi makan ulam dan sayur di media sosial

Norsufia Johari suka review sayur-sayuran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Siapa sangka hanya dengan makan ulam dan sayur, menjadikan Norsufia Johari dikenali ramai di alam maya.

Lebih mesra dengan gelaran Cik Pia wanita berusia 35 tahun ini sangat suka berkongsi tips berkaitan makanan sihat.

Sebab itu jugalah beliau memilih untuk mempromosikan makanan sihat seperti herba ulam-ulaman dan sayuran di akaun media sosialnya.

Terliur melihat kesungguhannya makan pelbagai jenis tumbuhan hijau tersebut.

1. Apa yang menarik mengenai diri anda? Boleh kongsikan.

Saya seorang yang peramah dan mudah didekati. Walaupun baru berkenalan tetapi boleh berkawan macam kami pernah bersekolah sama-sama.

2. Sejak bila berkongsi mengenai diri dan aktiviti di media sosial? Kenapa melakukannya?

Saya bermula dengan melakukan Facebook Live pada tahun 2016. Ketika itu saya mempunyai kesedaran hendak membantu #IbuCantikLuarBiasa kerana dahulu saya pernah ada masalah berat badan dan kulit muka yang amat teruk. Saya banyak berkongsi tips dan pengalaman untuk kurus dan cantik secara sihat.

3. Apakah identiti diri anda dan anda mahu dikenali sebagai apa?

Panggilan Cik Pia dan Queen Of Ulam membuatkan saya rasa lebih dekat dengan penonton yang melihat video saya di media sosial.
Sebagai Queen Of Ulam, saya mempromosikan pemakanan sihat melalui video-video malam ulam dan sayuran mentah. Ada yang jadikan video saya sebagai panduan dan role model untuk anak-anak mereka makan sayuran.

4. Bagaimana peranan anda dapat membantu keluarga Malaysia / Remaja menjadi lebih baik?

Video-video media sosial saya memang membantu meningkatkan kualiti kesihatan dan kualiti hidup rakyat Malaysia.

5. Pengalaman tidak dapat dilupakan sejak menjadi intafamous/TikTok ?

Pengalaman paling berharga apabila ada ibu-ibu memaklumkan anak mereka mula makan sayur apabila menonton video-video dan menyertai live saya.

6. Bagaimana menambah jumlah pengikut?

Kunci kepada peningkatan jumlah pengikut adalah konsisten dan persisten. Saya telah membuat video setiap hari selama beberapa tahun.

7. Harapan masa depan anda?

Saya mahu membantu lebih ramai #IbuCantikLuarBiasa untuk mengubah pemakanan mereka dan mendapat kualiti hidup yang lebih baik.

8. Siapakah idola anda?

Idola saya adalah Bonda Rozita Sendayu Tinggi. Beliau seorangyang konsisten membantu orang ramai dengan bahan-bahan alami dan semulajadi.

9. Tiktok bantu pembangunan masyarakat? Bagaimana caranya?

Setuju. Ia memudahkan kita berhubung dengan ramai orang dalam masa yang singkat. Contoh apabila saya sendiri menyebarkan ilmu kecantikan dan kesihatan, ramai yang mendapat manfaat dan secara tidak lansung dapat membangunkan ekonomi mereka dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan atas talian.

10. Sejauhmana menjadi influencer mengubah diri dan kehidupan?
Berbeza sangat. Dahulu saya adalah seorang penjawat awam dan sekarang fokus kepada perniagaan atas talian. Dahulu pergi mana-mana orang tak kenal tetapi sekarang sentiasa ada yang menegur dan ajak bergambar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN