Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah merupakan hari yang disyariatkan untuk disambut sebagai hari kegembiraan dan hari kemenangan bagi masyarakat Islam yang telah berjaya melaksanakan ibadah dengan sempurna pada bulan Ramadan. Selaras dengan maksud firman Allah SWT yang bermaksud: Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu bertakbir (membesarkan) Allah kerana mendapat petunjukNya,…