Stik Tomahawk sedap membangkitkan aroma - Utusan Malaysia

Stik Tomahawk sedap membangkitkan aroma

Nur Farrahiyah Kamal Bharin berkongsi resepi kayangannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGGEMAR Stik Tomahawk atau Tomahawk Steak sanggup membayar lebih mahal daripada harga daging biasa, asalkan dapat menikmati hidangan ‘kayangan’ ini.

Ini kerana tomahawk daripada bahagian daging waygu rebeye yang menyerupai kapak itu menjadi kegemaran ramai. Sekali makan pasti nak lagi. Teksturnya sangat lembut, juicy dan aroma wagyu itu sendiri membangkitkan selera untuk dinikmati.

Stik tomahawk ini boleh dimakan bersama sos pilihan antaranya lada hitam, sos cendawan berkrim dan sebagainya.
Jika tidak berkesempatan untuk ke restoran mewah, apa kata cuba resipi Stik Tomahawk yang dimasak ringkas tetapi rasa lima bintang.

Bahan-bahan perapan
(sukatan ikut citarasa)

Sedikit Garam
Lada hitam
Garlic powder atau serbuk bawang putih
Daging tomahawk

Cara penyediaan
Pastikan daging dilap dengan tisu terlebih dahulu untuk dikeringkan.
Lumurkan garam, lada hitam dan garlic powder secukupnya pada daging.
Kemudian setelah bahan diperap sebati seketika, bakar dalam ketuhar pada suhu 110°C selama 30 minit.

Bahan-bahan untuk panggang
5 sudu besar mentega
3 ulas bawang putih
8 batang asparagus
2 tongkol jagung direbus (dipotong empat)
1/2 tangkai brokoli (dipotong)
3 tangkai rosemary segar
Daging tomahawk yang telah siap dibakar

Cara penyediaan
*Masukkan daging yang telah siap dibakar ke dalam pan atau kuali bakar. Panggang sekali lagi bersama mentega.

*Masukkan bawang putih bersama rosemary supaya daging lebih wangi dan juicy.

*Panggang seketika selama tiga hingga lima minit bersama asparagus, jagung dan brokoli.

*Angkat dan sediakan. Tuangkan lebihan mentega di atas daging yang sudah siap dihidang. Selamat mencuba.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN