Sahur sihat dengan salad quinoa ayam bersama madu hitam - Utusan Malaysia

Sahur sihat dengan salad quinoa ayam bersama madu hitam

SALAD protein membekalkan tenaga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HIDANGAN sihat untuk bersahur? Pasti tidak menepati selera ramai kerana ia tidak cukup kenyang dan melazatkan.

Tetapi jika mengimpikan badan langsing raya nanti, inilah masanya untuk mencuba menu sihat sepanjang berpuasa.

Selain mudah disediakan dan mengenyangkan, ia juga membantu menurunkan kadar kolesterol dan melancarkan pencernaan semasa berpuasa.

Menurut Perunding Diet, Indra Balaratnam, hidangan salad bukannya semata-mata sayur-sayuran tanpa sumber protein dan nutrisi yang diperlukan tubuh badan.

“Untuk memenuhi nutrisi, salad perlu dimakan bersama sumber protein antaranya bijirin quinoa, dada ayam dan madu hitam yang sangat membantu membekalkan tenaga, membersihkan usus dan kekal cergas walaupun berpuasa.

“Resipi Salad Quinoa Ayam bersama Madu Hitam dan Balsamic Vinaigrette ini tidak pahit, cukup rasa dan sesuai dimakan serta sedap dinikmati setiap kali sahur atau berbuka,” katanya.
Quinoa atau kuinoa merupakan bijirin setanding dengan gandum dan nasi yang mana ia membekalkan sumber serat makanan, kalsium dan fosforus serta tinggi magnesium dan besi.

Bahan-bahan

1 cawan quinoa
120 gram dada ayam
100 gram tomato ceri (dihiris)
80 gram sayur salad campuran (boleh didapati di pasar raya)
1 biji lada benggala kuning kecil (buang biji dan potong dadu)
1 biji timun Jepun kecil (dihiris)
3 sudu besar kismis
3 sudu besar badam (dihiris)
2 sudu besar biji labu

Cara-cara penyediaan

1) Masak quinoa mengikut arahan pada bungkusan. Ketepikan dan sejukkan seketika.
2) Perap dada ayam dengan sedikit perasa Cajun, garam dan lada hitam. Kemudian gorengkan sehingga masak. Jika tidak mahu goreng, boleh panggangkan ayam.
3) Angkat dan toskan. Setelah sejuk, hiris nipis dan ketepikan.
4) Potong semua bahan sayuran dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Masukkan quinoa yang telah dimasak.

Bahan-bahan untuk dressing salad atau Balsamic Vinaigrette
2 sudu kecil madu hitam atau Royal Black Jungle House
2 sudu besar minyak zaitun
4 sudu teh cuka balsamic
Secubit garam dan lada hitam ditumbuk. Sedikit perasa Cajun

Cara-cara penyediaan

1) Campurkan semua bahan ke dalam balang atau bekas yang bersih. Tutupkan balang dan goncangkan untuk dapatkan campuran yang sebati.
2) Tuangkan Balsamic Vinaigrette yang telah siap ke atas salad.
3) Masukkan hirisan ayam tadi.
4) Perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa. Adunkan sebati. Hidangan salad siap dihidangkan.

Petua: Jika ingin membuat salad campuran selain ayam atau daging, boleh menggantikannya dengan kekacang atau telur rebus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN