Menjadi orang yang benar itu sukar. Orang yang benar (siddiq) itu menepati janjinya, tidak berbohong dalam setiap tutur-kata dan ucapannya tidak berbeza amalannya. Orang yang benar tidak tergolong dalam ayat Allah yang bermaksud: Wahai orang yang beriman kenapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan? (al-Sof: 2) Orang yang benar itu beriman dan beramal kerana Allah sama ada ketika di khalayak ramai atau semasa bersendirian. Antara amalan boleh menilai orang…










