DUA hari sebelum sambutan Hari Krismas pada 1996, pembikin filem Perancis, Sophie Toscan du Plantier ditemukan maut dalam keadaan mengerikan di luar rumah percutiannya di Ireland. Mayat mangsa berusia 39 tahun yang lengkap berpakaian itu, ditemukan di jalan masuk menuju ke rumah berkenaan di kawasan perumahan Drinane, berhampiran Schull, County Cork. Berdasarkan laporan The Irish Times, Sophie dibunuh dengan kejam iaitu dipukul lebih 50 kali hingga mati menggunakan objek tajam.…