Burnt Cheesecake sarat buah untuk tetamu di Aidilfitri - Utusan Malaysia

Burnt Cheesecake sarat buah untuk tetamu di Aidilfitri

INTAN SYAFINAZ AMIR ADNAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAK sabar rasanya nak balik beraya berjumpa sanak saudara di kampung tahun ini. Maklumlah setelah dua tahun tidak dapat beraya bersama-sama susulan pandemik.

Ramai sudah mula berkira-kira tetamu yang akan datang bertandang ke rumah. Juadah hidangan juga pastilah sudah siap disenaraikan untuk dihidang kepada tetamu nanti.

Selain kuih raya, lemang, ketupat dan lain-lain, hidangan pemanis mulut seperti kek juga tidak dilupa. Paling mudah hanya enam bahan sahaja Burnt Cheesecake siap dihidangkan. Penyediaannya pula kurang satu jam. Apa tunggu lagi, jom cuba!

RESIPI BURNT CHEESECAKE

Bahan-bahan kek

500 gram cream cheese
2 cawan heavy cream
220 gram gula
4 biji telur (saiz besar)
30 gram tepung
1 sudu kecil French vanilla extract

Cara-cara penyediaan

1) Pukul cheese dan gula sehingga sebati dan berkrimi.

2) Masukkan telur ke dalam adunan satu persatu.

3) Pastikan adunan sebati sepenuhnya.

4) Asingkan 1/3 adunan ke dalam mangkuk lain dan campurkan bersama tepung.

5) Setelah adunan sebati masukkan adunan tadi ke atas adunan asal dan masukkan heavy cream.

6) Masukkan ekstrak vanila.

7) Kemudian pukul adunan hingga sebati.

8) Bakar pada suhu 220°C selama 40 minit.

9) Setelah siap, sejukkan selama enam jam atau lebih baik semalaman sebelum dihidangkan.

Bahan-bahan hiasan kek

1 1/2 cawan ceri (ikut sukatan masing-masing)

1 cawan beri biru

Cara-cara penyediaan

1) Letakkan ceri dan beri biru ke atas kek apabila sedia untuk dihidangkan atau sebelum makan.

2) Hiaskan mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN