Bagaikan ombak, hubungan pasangan suami isteri juga pasti ada pasang surutnya. Terutamanya apabila usia perkahwinan menghampiri puluhan tahun, sudah tentu kemesraan kian hilang tidak seperti di awal perkahwinan dahulu. Bagi yang merasakan rumahtangga semakin suram, Ramadan merupakan permulaan yang tepat untuk mengembalikan kegembiraan dan rasa cinta terhadap pasangan. Bagaimana? Pendakwah Bebas, Ustazah Muzayyanah Abdullah berkata, keberkatan bulan puasa perlu dimanfaatkan sebaiknya dalam mengimarahkan kembali keindahan dalam rumahtangga. Katanya, ketika Ramadan…










