10 akhir Ramadan, jangan abai makanan sihat - Utusan Malaysia

10 akhir Ramadan, jangan abai makanan sihat

NUR HAFIZAH MAHAMAD SOBRI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 10 malam terakhir Ramadan ini, apakah persediaan diri dalam menyambutnya? Makan seadanya atau tidak kisah apa khasiat asal makan?

Pengambilan makanan sihat, seimbang dan sesuai sewaktu bersahur dan berbuka amat penting bagi memastikan tubuh bertenaga dan cergas untuk beribadat.

Pegawai Dietetik Medical Mythbuster Malaysia, Nur Hafizah Mahamad Sobri berkata, pemilihan makanan terbaik untuk bersahur dan berbuka mampu memastikan tubuh mendapat dan mengekalkan tenaga diperlukan sepanjang hari.

“Bagi mencapai usaha ke arah itu, individu perlu ambil makanan dari ketiga kategori makanan iaitu karbohidrat, protein dan serat,” katanya kepada Seri.

Karbohidrat adalah sumber utama untuk badan mendapat tenaga supaya kekal bertenaga sepanjang hari. Tanpa makanan dari kumpulan ini yang mencukupi anda akan cepat penat, mengantuk dan sukar memberikan tumpuan sewaktu melaksankan ibadah.

Protein adalah kategori makanan yang bukan sahaja menjadi asas utama pelbagai struktur utama badan terutamanya sel darah merah dan otot. Tetapi ia juga bantu anda kenyang untuk tempoh yang lama.

Tanpa protein mencukupi individu akan mudan rasa penat dan mudah terasa lapar.

Dalam tiga hingga empat jam selepas bersahur akan merasa lapar.

“Serat membantu mengelakkan individu mengambil banyak makanan lain secara berlebihan. Serat juga membantu proses pembuangan,” katanya.

Nur Hafizah berkata individu perlu makan daripada ketiga-tiga kategori makanan ini ketika bersahur tetapi ia boleh diambil dalam pelbagai bentuk.

“Berbeza dengan waktu sahur di mana fokus utama adalah untuk ambil makanan yang tahan kenyang lama dan beri tenaga berpanjangan, untuk berbuka pula anda perlu ambil makanan yang memberi tenaga cepat serta kembalikan tahap hidrasi badan terlebih dahulu,” katanya.

Ambil makanan mengandungi gula ringkas dan air kosong untuk mendapat tenaga dan air yang diperlukan.

Utamakan serat iaitu buah-buahan kerana selain mendapat tenaga cepat ia juga kaya dengan pelbagai vitamin dan serat yang memberi manfaat lain.

Bukan semua sajian beri tenaga
Makanan kurang digalakkan adalah jenis tinggi lemak dan berminyak.
Ia bukan sahaja mengandungi kandungan lemak dan kalori tinggi tapi ia akan menyebabkan anda merasa malas dan tidak selesa perut.

Air manis juga tidak digalakkan. Selain tinggi kalori, gula dan lemak kurang memenuhi keperluan badan untuk air yang mencukupi.

Bagi mengelakkan dehidrasi pula, seeloknya fokus kepada pengambilan air kosong.

Pelbagaikan menu dan pilihan mengikut selera (makanan barat, nasi berlauk, makanan berasaskan mee dan lain lain) tetapi pastikan porsi dan kuantiti diambil mengikut kepada pinggan sihat Malaysia untuk elak ambil berlebihan mengikut nafsu.

Tiga penting
Elakkan menu yang boleh menyebabkan anda rasa penuh pada masa yang sekejap sahaja.

Jika anda fokus lebih kepada pengambilan karbohidrat dan protein sahaja anda akan mudah merasa cepat lapar. Contoh anda ingin ambil roti canai tetapi ambil dua keping roti canai dengan hanya cicah kuah kari sedikit.

Tanpa sumber serat dan protein mencukupi anda akan merasa kenyang maksimum tiga hingga empat jam sahaja dan ini akan mengganggu ibadah puasa.

Bagi mereka yang tidak boleh tidak mengambil nasi ketika bersahur, dinasihatkan untuk mengambil nasi beserta lauk protein, sayur dan buah-buahan.

“Jika minat makanan berasaskan roti seperti sandwich boleh buat dengan roti serta sumber protein seperti tuna atau telur dan sayur yang banyak dan ambil buah juga.

“Apa yang penting ambil dari ketiga kategori yang disebut sebelum ini iaitu karbohidrat, protein dan serat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN