Santai dengan penuh bergaya - Utusan Malaysia

Santai dengan penuh bergaya

Koleksi Musim Bunga Panas 2022 UNIQLO dan JW ANDERSON memikat dalam warna menyejukkan mata.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nampaknya ramai yang memilih untuk ke pantai menikmati keindahan alam sebelum memulakan ibadah puasa Ramadan ini.

Ada yang gemar duduk di tepi pantai bermain ombak yang sesekali menghempas pantai atau bermain sukan air, belayar membelah ombak laut atau menyewa bot untuk menikmati keindahan laut atau pulau.

Jangan rosakkan keseronokan itu dengan pakaian yang tidak sesuai sehingga menyekat kebebasan pergerakan anda. Bayangkan nak naik bot pun pakai jubah atau baju kurung, memang tidak kenalah.

Pilihlah pakaian yang lebih santai dan membuatkan anda rasa sangat selesa untuk bergerak ke mana saja ketika menghabiskan masa di tepi pantai atau ketika bersantai di atas bot atau kapal layar.

Bagi wanita, boleh memilih seluar atau skirt longgar berona lembut dengan baju t-polo berlengan pendek atau blaus berlengan panjang dengan warna alam.

Tampil lebih feminim dengan dress berwarna segar seperti hijau tua atau merah jambu lembut dengan potongan yang ringkas.

Lengkapkan penampilan dengan aksesori tambahan seperti topi dan beg tote untuk membawa barangan peribadi yang penting.

Lelaki juga tampil bergaya santai dengan baju t atau kemeja berlengan pendek dan panjang, baju panas (sweater) berlengan panjang dengan seluar pendek atau seluar jeans.

Aksesori topi, beg tote dan stoking menambah gaya santai ketika berehat di tepi pantai atau ketika berlayar membelah lautan.

TIPS BERGAYA:

Banyak bergantung kepada aktiviti ingin dilakukan. Sama ada untuk duduk bermain-main di gigi air atau beraktiviti.

Berikut tips santai ke pantai:

1. Kekal menutup aurat
» Pilih pakaian yang longgar seperti gaun dan dress paras lutut yang boleh digayakan dengan seluar.

2. Pakaian daripada fabrik sesuai
» Cuaca ditepi laut memang selalunya panas dan berangin terutama di sebelah pagi sehingga petang.
» Pastikan anda gayakan pakaian atau seluar diperbuat daripada fabrik selesa seperti kain kapas dan linen kerana ia lebih sejuk dan menyerap peluh.

3. Pilih rona lembut dan menyejukkan mata
» Warna lembut dan menyejukkan mata seperti hijau tua, putih, kuning krim, coklat muda, biru laut sesuai untuk menimbulkan emosi bercuti. Pilih jenis tanpa motif yang berserabut seperti bunga besar dengan warna terang kerana ia buat anda terlalu menonjol dalam kalangan orang lain.

4. Cermin mata hitam
» Jangan lupa pakai cermin mata hitam sepanjang berada di tepi pantai bagi melindungi mata daripada sinar ultra violet (UV).
» Ia menghalang 99% hingga 100% sinaran UVA dan UVB boleh melindungi mata anda dengan betul.

5. Beg kecil kalis air
» Bawa beg kecil kalis air untuk mengisi barang-barang keperluan.
» Ia dapat menyelamatkan barang didalamnya daripada basah sekiranya terkena percikan air.

6. Krim penghalang matahari (sunblock)
» Paling penting bagi memastikan wajah terlindung daripada sinar ultra ungu matahari.
» Ia bagi mengelakkan kulit terbakar selain mencegah risiko kanser kulit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN