Raih pendapatan sebagai influencer - Fa Yusof - Utusan Malaysia

Raih pendapatan sebagai influencer – Fa Yusof

Nur Saffa Syahidah Md. Yusof mahu berkongsi perkara positif di media sosialnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Fa Yusof atau Nur Saffa Syahidah Md. Yusof mula dikenali di alam maya apabila sering berkongsi gambar dan video menarik berkaitan fesyen dan kehidupan sehariannya. Memiliki seramai 576,000 pengikut di Instagram menjadikan wanita asal Melaka ini sebagai salah seorang hijabi yang jadi tumpuan pengikutnya.

Melihatkan potensi ditawarkan media sosial terutamanya dari segi memperoleh ‘gaji’, membuatkan wanita berusia 23 tahun ini menjadikan influencer atau pempengaruh media sosial sebagai pekerjaan utamanya.

Apa yang menarik mengenai diri anda?

Suka melancong tetapi sejak wabak Covid-19 melanda minat ini agak sedikit terhalang. Suka merakam video, sambil-sambil itu boleh juga jana pendapatan di YouTube, Instagram dan juga TikTok.

Sejak bila berkongsi di media sosial? Kenapa?

Saya mula main dan post di Instagram pada 2015. Semenjak itu saya sering berkongsi gambar dan video di sosial media. Kemudiannya apabila melihat gambar dan video yang saya kongsikan itu menarik, IG Shop mula menawarkan pengiklanan pada Instagram saya. Siapa sangka daripada sekadar suka-suka sekarang sudah jadi kerja tetap sebagai Instagrammer.

Identiti dan anda mahu dikenali sebagai apa?

Cukuplah orang mengenali saya sebagai influencer, instagrammer dan mungkin Youtuber kerana saya baru hendak aktif di Youtube. Doakan saya berjaya ya.

Bagaimana peranan anda dapat membantu keluarga Malaysia atau remaja menjadi lebih baik?

Saya berharap dapat menyebarkan kesedaran dan sesuatu yang positif dengan baik. Remaja sekarang kalau dapat dibentuk dengan baik dari segi minat, mungkin ia akan membuahkan hasil dan tuah. Bak kata pepatah, tomorrow is a direct result of what you choose to do today. Apa yang paling penting adalah percaya pada diri sendiri dan usaha.

Pengalaman tidak dapat dilupakan sejak menjadi instafamous?

Pengalaman tidak dapat dilupakan ialah kecaman yang diterima. Namun saya kira hati perlu kental untuk mendengar dan membaca setiap komen yang ditulis. Tak semua insan itu sempurna jadi kita perlu terima pujian dan kutukan dengan baik.

Bagaimana menambah jumlah pengikut?

Bagi menambah jumlah pengikut saya perlu sentiasa aktif post gambar dan video di media sosial. Saya juga perlu berkongsi apa yang berlaku pada diri saya hari ini di IG story. Selain itu saya juga perlu membalas setiap komen untuk tujuan berinteraksi dengan followers.

Harapan masa depan anda?

Saya berharap dapat meneruskan minat pada Instagram sampailah ke hari tua. Saya suka berkongsi apa yang saya minat. Ini secara tidak langsung membuatkan orang minat hendak melihat kehidupan saya di media sosial.

Siapakah idola anda?

Idolah saya dari segi media sosial, antaranya Bella Dally dan Neelofa. Saya suka cara mereka menguruskan hari-hari mereka dan gaya aktif mereka. Selain itu saya juga mengidolakan ibu saya yang sering memberi tunjuk ajar, apa yang perlu dilakukan dan selalu memupuk sifat sabar dalam diri. Saya sentiasa ingat pesan beliau, biar orang buat kita jangan kita buat orang.

Setujukah kalau saya katakan instafamous membantu pembangunan masyarakat? Kalau bersetuju, bagaimana caranya?

Ya, saya setuju! Instafamous ini lebih senang menyebarkan kesedaran dan bagus juga dapat bersuara untuk menyuarakan pendapat masing-masing. Tetapi pada masa yang sama kita perlu berhati-hati apabila menyebarkan maklumat kerana dikhuatiri akan jadi bahaya pada diri sendiri dan keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×