Pusat beli-belah pasang teknologi nanoe cegah Covid-19 - Utusan Malaysia

Pusat beli-belah pasang teknologi nanoe cegah Covid-19

Selena Chua memberitahu, penambahbaikan itu kurangkan risiko penyebaran virus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dalam usaha mencegah penularan virus Covid-19, WCT Malls Management Sdn. Bhd. (WCT) menambahbaik sistem kualiti pengudaraan melalui pemasangan sistem pembersihan udara teknologi nanoe X dari Panasonic Malaysia di pusat beli-belah di bawah kelolaanya.

Pelaksanaan pelan strategik itu dilakukan di Paradigm Mall Petaling Jaya, Paradigm Mall Johor Bahru, gateway@klia2 dan SkyPark Terminal bagi menyediakan persekitaran lebih selamat kepada semua pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan WCT Malls, Selena Chua berkata, penambahbaikan berkenaan akan mengurangkan risiko penyebaran virus sekaligus menikmati pengalaman beli-belah yang lebih baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami ingin mengurangkan risiko yang dihadapi oleh pengunjung apabila mereka terdedah kepada individu lain setiap kali mereka membeli-belah atau berkumpul di premis kami,” katanya.

Teknologi nanoe X Panasonic mampu menjana radikal hidroksil yang terkandung dalam air.

Ia terbukti berkesan untuk menghalang bahan-bahan pencemaran, virus dan bakteria, di samping membersih dan menyahbau udara serta permukaan.

Penambahan teknologi pembersihan udara Panasonic yang berkesan dalam menghalang lebih daripada 99% coronavirus dan bahan berbahaya lain mampu memberi persekitaran bersih dan selamat kepada para penyewa, pembekal, kakitangan dan yang paling penting, pelanggan WCT Malls untuk bersantai dan membeli-belah.

Selain itu, teknologi yang baru dipasang itu juga menyediakan lapisan perlindungan tambahan dari segi sanitasi dan pembasmian kuman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini