Pencemaran diesel di sungai

Pencemaran diesel di sungai, nelayan pulang dengan tangan kosong

Tompokan diesel yang dipercayai dari kilang-kilang berhampiran jelas dapat dilihat pada air dari anak sungai dan longkang yang mengalir masuk ke Sungai Langat, sekali gus menjejaskan sumber bekalan air mentah penduduk Lembah Klang. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pencemaran air Sungai Langat dapat dilihat menerusi hasil tangkapan nelayan seperti ikan dan udang yang terus berkurangan.

Malah, perkara itu didakwa bukan baharu, sebaliknya sudah berlaku sejak 20 tahun lalu apabila banyak kilang dibina berhampiran dengan tebing sungai sehingga menyebabkan kualiti air merudum dan mengganggu ekosistem.

Menurut seorang nelayan yang juga penduduk di Kampung Sungai Manggis, Halib Abd Manaf, 58, selain kualiti air yang merosot, kerap kelihatan timbunan sampah sarap hanyut terutama ketika hujan lebat.

“Sekarang ini ada sumber seperti ikan dan udang, tetapi kalau kena masa ‘mabuk’, habis semua. Air terlalu tercemar terutama ketika hujan lebat. Kita cuma dapat tengok sahajalah. Hendak mengadu kepada siapa?

“Kita hendak cakap apa? Bukan hendak menipu sebab kita berada di sungai ini setiap hari. Pernah memancing dekat kawasan Labohan Dagang, itu sebab ikan dekat sana tak boleh makan, bau diesel,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Dia mendakwa pernah melihat tompokan seperti diesel pada permukaan air sungai serta aktiviti perlombongan pasir ketika sedang memancing di sekitar kawasan Tanjung 12 berhampiran dengan Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Rosli Ismail, 57, memberitahu, kualiti air Sungai Langat dalam tempoh lebih 40 tahun terlalu ketara bezanya.

“Dulu kita boleh guna terus air dari sungai. Sekarang, kualiti air sungai memang teruk terjejas. Saya dilahirkan di rumah di tepi sungai. Dulu, air sungai ini kita buat minum, mandi dan sebagainya,” katanya.

Jelasnya, perubahan itu menyebabkan pendapatan nelayan terjejas apabila sumber makanan dari sungai berkenaan semakin sukar diperoleh.
“Sekarang hendak dapat RM600 pada hujung minggu pun susah,’’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×