BARU-BARU ini, tular dalam media sosial kononnya menteri dan timbalannya tidak hadir untuk menjawab soalan yang dibangkitkan mengenai kewangan serta pendirian negara terhadap peperangan antara Rusia dan Ukraine. Laporan tersebut menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan rakyat tentang fungsi, peranan dan tanggungjawab badan eksekutif dan ahli Dewan Rakyat serta Dewan Negara. Bahkan isu ini dijadikan bualan di kedai kopi serta menjadi bahan sindiran rakyat jelata. Menurut Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan, Parlimen merupakan kuasa perundangan tertinggi di Malaysia. Parlimen mencakupi beberapa komponan penting iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Dewan Negara serta Dewan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya