Mejar Dr. Faiz kongsi pengalaman latihan angkasawan - Utusan Malaysia

Mejar Dr. Faiz kongsi pengalaman latihan angkasawan

Gambar kenangan Dr. Faiz Khaleed bersama Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Berada di tengah hutan pada musim sejuk selama tiga hari dua malam tanpa sebarang bantuan yang diberikan, antara pengalaman sukar dilupakan Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed sewaktu menerima latihan angkasawan di Moscow, Russia sekitar 2007.

Situasi berkenaan sangat menguji tahap resiliensi diri serta kerjasama antara pasukan. Malah ia turut mengajar dirinya untuk melihat kesusahan dan ketakutan sebagai satu langkah muhasabah diri dan membina keyakinan serta matlamat dalam bidang yang diceburi itu.

Katanya apa yang cuba disampaikan ialah tidak ada jalan pintas untuk mencapai sesuatu kejayaan.

Sebaliknya setiap individu perlu melalui proses dan pengalaman tertentu dalam meningkatkan daya tahan mental dan fizikal.

“Kita hanya ada dua pilihan, sama ada membiarkan cabaran tersebut melumpuhkan diri kita atau menjadikan cabaran itu sebagai proses mematangkan kita.

“Jika kita rasa penat dalam perjuangan, lebih baik berehat daripada terus berputus asa. Kita juga harus melihat setiap cabaran sebagai satu peluang untuk kita mempelajari sesuatu yang baharu.

Sentiasalah memotivasikan diri dengan perkara positif,” katanya pada Program Chitchat with Malaysian Astronaut: Inspire Your Dream Career.

Program diadakan sempena sambutan 100 tahun Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Pusat Kaunseling UPSI itu bertujuan memberikan pendedahan dan tips kejayaan.

Turut serta Pengarah, Dr. Pau Kee dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof. Madya Dr. Khalid Salimin. Peluang perkongsian ilmu ini menjadi semangat dan motivasi untuk pelajar terus maju dan berusaha cemerlang dalam pelajaran.

Khalid berkata, seabad UPSI menerajui bidang pendidikan pun, tidak terkecuali terkesan dengan gelombang peralihan teknologi dan perubahan struktur ekonomi pasca Covid-19.

“Begitupun cabarannya, tidak terlambat untuk kita meneroka dan mendalami bidang yang mungkin menjadi impian pekerjaan kita pada masa akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN