Syifa Jamil mahu ubah persepsi negatif Tik Tok

Syifa Jamil mahu ubah persepsi negatif Tik Tok

Syifa Jamil
Syifa’ Jamil tidak kisah digelar rapper makanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Akaun TikTok Cifa Masak Kalut-Kalut oleh @syifajamill telah memperkenalkan Syifa Jamil, 25 kepada pengguna aplikasi tersebut.

Buat penggemar makanan pasti pernah melihat kandungan dihasilkan wanita asal Alor Setar, Kedah ini.

Cubaan sulung pemilik Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sekitar Disember 2020 kurang mendapat sambutan.

Namun sebaik dia berkongsi kandungan berkaitan makanan, ramai yang suka, sekaligus menambah pengikut TikToknya kepada lebih setengah juta orang.

Menarik mengenai anda?
Saya minat memasak dan sering berkongsi resipi dengan cara saya yang tersendiri. Saya juga kreatif dalam mengubahsuai resipi menjadi lebih ringkas dan mudah diikuti.

Sejak bila berkongsi mengenai diri dan aktiviti di media sosial? Kenapa melakukannya?

Saya mula berkongsi resipi mudah di TikTok @syifajamill pada Februari 2021. Saya meraih tumpuan apabila berkongsi resipi di Instagram @syifajamil pada Mei 2021. Tujuan asal pada awalnya untuk cuba mengubah mentaliti rakyat Malaysia bahawa TikTok bukanlah tempat untuk hiburan semata-mata. Waktu itu ramai mempertikaikan kenapa menggunakan TikTok sebagai saluran untuk berkongsi resipi dan bukan di Youtube dan Instagram seperti yang selalu dilakukan selebriti masakan yang lain. Tetapi saya tetap teruskan kerana saya yakin TikTok akan jadi platform berguna.

Anda mahu dikenali sebagai?

Saya selesa dikenali sebagai Cifa Masak Kalut Kalut kerana sesuai dengan diri saya yang suka masak dan bercakap laju dalam loghat Utara. Ada juga yang gelar saya sebagai rapper memasak tapi saya okay sahaja.

Peranan boleh anda mainkan dalam menyemarakkan semangat memasak dalam kalangan keluarga Malaysia?
Saya sering mendapat mesej di Instagram dan TikTok saya daripada anak-anak muda dan kebanyakannya yang masih bersekolah memberitahu bahawa mereka sudah pandai memasak selepas menonton video saya. Pengikut saya terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Saya sangat gembira kerana kebaikan dari setiap video saya dapat dikongsi dengan ramai orang.

Pengalaman tidak dapat dilupakan sejak menjadi TikToker?
Berpelaung berkolaborasi dan menghasilkan video dengan jenama besar di Malaysia untuk mempromosikan produk mereka seperti Marrybrown, 7 Eleven dan Gardenia. Saya juga tidak melupakan pengalaman dilantik menjadi duta kepada Harqis Empire Sdn. Bhd. walaupun pada awalnya saya hanyalah pengguna produk mereka.
Pengalaman menceburi bakat di dalam media sosial ini telah mengubah hidup saya dari seorang graduan yang baru saja menamatkan pelajaran tanpa sebarang pendapatan kepada seorang pencipta kandungan yang mampu menjana pendapatan sehingga lima angka sebulan.

Tambah jumlah pengikut?
Saya mendapat 100,000 pengikut di TikTok dalam masa sebulan kerana konsisten memuat naik video. Jangan mudah selesa sebaliknya cuba memperbaiki untuk jadi lebih baik dan menarik lebih ramai pengikut baharu.

Harapan masa depan anda?
Saya ingin mengembangkan minat saya dan teruskan berkongsi resipi dan tips di dapur melalui platform lain lagi. Saya berharap dapat membuka kafe satu hari nanti

Siapakah idola anda?
Cef Wan dan Dapoq Pdot.

Tiktoker membantu pembangunan masyarakat?
Mereka mempunyai pengaruh. Namun, influencer perlu berhati-hati dalam setiap hantaran yang akan dimuat naik kerana dengan adanya pengaruh yang ramai, setiap kata-kata kita mencerminkan peribadi. Konten yang disampaikan haruslah tidak keterlaluan dan diterima masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN