LAMBAKAN sisa makanan yang dibuang secara tidak bertanggungjawab oleh penjaja gerai makanan dan penduduk kawasan sekitar Pangsapuri Kos Rendah Taman Sri Serdang, Selangor menimbulkan rasa kurang selesa kepada komuniti sekian lama. Bukan sahaja bau yang kurang enak, malah ia juga mencacatkan pemandangan kawasan berkenaan dengan longgokan sisa yang tidak terkawal. Namun kini, penduduk sudah mampu menarik nafas lega apabila Universiti Putra Malaysia (UPM) tampil dengan solusi pengurusan sisa makanan secara…